SEJARAH
PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA
Pertubuhan ini diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang rasmi pada tahun
1952 dibawah Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952. Pertubuhan kadet
Bersatu Malaysia diletakkan di bawah portfolio Menteri Pelajaran. Ini
termasuklah bertanggungjawab di atas aspek pentadbiran, penubuhan kawalan dan
kewangan mengikut kuasa yang terdapat dalam Akta PKBM 1 1967 ( No. 68 tahun
1967 ) dan undang - undang Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1954.
Ordinan tersebut juga melantik Majlis Angkatan Tentera di Kementerian
Pertahanan sebagai Badan Penasihat dalam semua aspek berkaitan dengan
pembentukan dan pembesaran unit PKBM , organisasi dan pembubaran, penubuhan
unit-unitnya, pentauliahan, kenaikan dan penurunan pangkat pegawai-pegawai
kadet. Kementerian Pertahanan juga adalah bertanggungjawab dalam pengendalian
latihan yang teratur dan pentadbiran am yang meliputi pembekalan senjata,
peluru latihan, bantuan latihan dan peralatan-peralatan logistik yang lain.
Penubuhan PKBM adalah untuk melahirkan generasi warganegara yang
bedisiplin,cergas dalam aktiviti kemasyarakatan, berguna kepada bangsa dan
Negara serta Agama dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.
PERLEMBAGAAN PKBM
MATLAMAT PASUKAN
1.
Melengkapkan diri pelajar dengan
kemahiran asas ketenteraan bagi menghadapi cabaran hidup mendatang.
OBJEKTIF PASUKAN
1. melahirkan generasi warganegara yang
bedisiplin, cergas dalam aktiviti kemasyarakatan, berguna kepada bangsa dan
Negara serta Agama dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi.
2. menguruskan diri kea rah
berdikari,berdisiplin dan memupuk budaya kepimpinan yang bersistematik.
3. memupuk dan mengembangkan elemen
kesedaran tentang melindungi Negara daripada ancaman musuh.
4. memupuk dan menerapkan elemen-elemen
ketenteraan asas kepada setiap ahli pasukan.
KEAHLIAN
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN :
1. Keahlian terbuka kepada semua
pelajar SMK Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
2. permohonan untuk menjadi ahli boleh
dibuat menggunakan borang permohonan menjadi ahli PKBM (Darat) dan mestilah
dikemukakan kepada Guru Penasihat untuk tindakan lanjut.
3. kelulusan permohonan menjadi ahli
akan dipertimbangkan oleh Unit Gabungan. Keputusan untuk menerima Atau menolak
sesuatu permohonan adalah muktamad.
4. setiap permohonan untuk menjadi ahli
adalah diatas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mane
pihak.
HAK AHLI
1.
Mengundi dalam pemilihan Ahli
jawatankuasa pasukan;
2.
menjadi calon dalam pemilihan ahli
jawatankuasa;
3.
melibatkna diri dan menyertai
aktiviti-aktiviti pasukan;
4.
menggunakan peralatan dan
kemudahan-kemudahan kepunyaan pasukan;
5.
mengemukakan cadangan,idea, dan
aduan kepada pasukan mengenai isu-isu yang berbangkit.
KEWAJIBAN AHLI :
Seseorang pelajar yang telah
disahkan menjadi ahli pasukan wajib :-
1. Menghormati, mendukung dan mematuhi
perlembagaan dan peraturan-peraturan pasukan ini sepanjang masa dalam semua
keadaan;
2. memauhi, menghormati dan
melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pasukan;
3. menjaga dan mempertahankan nama
baik,maruah dan identity pasukan
4. memelihara dan menjaga harta benda
pasukan;
5. sentiasa berkerjasama dan
bermuafakat dengan ahli-ahli lain.
6. ahli-ahli berhak menyemak hal-hal
kewangan persatuan ini untuk memastikan tidak berlakunya penyelewengan.
PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI:
1. Ahli yang hendak berhenti daripada
menjadi ahli pasukan hendaklah menyerahkan permohonan bertulis 14hari terlebih
dahulu kepada setiausaha.Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan
diluluskan oleh jawatankuasa pasukan atas nasihat Guru Penasihat;
2. mana-mana ahli yang gagal mematuhi
peraturan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pasukan
boleh dipecat atau digantung keahliannya oleh jawatankuasa pasukan atas nasihat
Guru Penasihat. Sebab-sebab pemecatan atau pergantungan hendaklah di maklumkan
kepada ahli tersebut.
Kelebihan menyertai Pasukan kadet Bersatu Malaysia (P.K.B.M) Darat
1.
Unit beruniform ini dapat melahirkan
individu yang berdisiplin.PK.B.M amat menitik beratkansoal disiplin.Hal ini
dapat kita lihat dari segi pemakaian yang kemas, rambut yang pendek sertakemas,
soal menepati masa, dan sebagainya.Disiplin seseorang bukan sahaja dapat
dipupukdalam pasukan ini bahkan seseorang itu dapat mengaplikasikannya dalam
kehidupan seharian. Misalnya seorang pelajar yang berjaya hendaklah mempunyai
tahap disiplin yang tinggi.Perkaraini dapat dilihat apabila pelajar itu
mempunyai penumpuan yang baik ketika guru mengajar,memanfaatkan setiap saat
masa yang dia ada dengan melakukan perkara yang berfaedah,belajar secara konsisten
dan sebagainya.Penumpuan ini bukan sahaja dapat dilatih dalam kelasbahkan
ketika latihan P.K.B.M misalnya latihan berkawad.Penumpuan amat penting agar
tidakmelakukan kesilapan dalam melakukan setiap pergerakan kawad.Perkara ini
dapatmengelakkan kecacatan suatu kawad agar keseragaman ketika melakukan
aktiviti ini dapatdihasilkan.Setiap arahan kawad yang diberikan oleh
pre-commander haruslah didengar denganteliti.Jestru itu, tahap disiplin dapat
dibina dalam diri setiap ahli P.K.B.M..
2.
Selain itu, semangat patriotik dapat
ditanam dalam diri setiap ahli P.K.B.M.Hal ini keranamelalui pasukan ini
seseorang dapat memahami betapa sukarnya mempertahankan kedaulatanserta
kemakmuran negara ini.Pejuang-pejuang kemerdekaan sanggup menggadaikan
nyawamereka dalam menjaga tanah air tercinta kita daripada cengkaman penjajah
yang durjana. tokoh seperti Sarjan Hasan seharusnya dikenang kerana
pengorbanannya yang amat tinggikepada negara kita.Apabila Jepun menyerang
Malaya, Sarjan Hassan bersama-sama denganrakan seperjuangannya menentang mereka
dengan gagah dan berani sekali. Hassan juga turutmenyelamatkan Aziz apabila dia
menjadi tawanan perang. Beliau merupakan seorang tenterayang sejati. Tentera
dan P.K.B.M mempunyai perkaitan yang amat rapat antara satu denganyang lain.
P.K.B.M merupakan kadet yang dilatih oleh tentera dan boleh dianggap
sebagaipelapis yang bakal menggantikan tentera yang ada pada masa ini.
3.
Di samping itu, semangat berpasukan
dapat dibina dalam pasukan ini. Sebagai ahli pasukanP.K.B.M terdapat prinsip
iaitu seorang melakukan kesalahan semua ahli pasukan akan menerimahukumannya.
Tidak kira sama ada pengalaman suka duka, pahit getir,makanan, air
semuadikongsi bersama.Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama
misalnya makan bersama-sama.