SEJARAH

SEJARAH PASUKAN KADET BERSATU MALAYSIA


                Pertubuhan ini diiktiraf sebagai sebuah pertubuhan yang rasmi pada  tahun 1952 dibawah Ordinan Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1952. Pertubuhan kadet Bersatu Malaysia diletakkan di bawah portfolio Menteri Pelajaran. Ini termasuklah bertanggungjawab di atas aspek pentadbiran, penubuhan kawalan dan kewangan mengikut kuasa yang terdapat dalam Akta PKBM 1 1967 ( No. 68 tahun 1967 ) dan undang - undang Kor Kadet Persekutuan Tanah Melayu 1954.



                Ordinan tersebut juga melantik Majlis Angkatan Tentera di Kementerian Pertahanan sebagai Badan Penasihat dalam semua aspek berkaitan dengan pembentukan dan pembesaran unit PKBM , organisasi dan pembubaran, penubuhan unit-unitnya, pentauliahan, kenaikan dan penurunan pangkat pegawai-pegawai kadet. Kementerian Pertahanan juga adalah bertanggungjawab dalam pengendalian latihan yang teratur dan pentadbiran am yang meliputi pembekalan senjata, peluru latihan, bantuan latihan dan peralatan-peralatan logistik yang lain. 

                Penubuhan PKBM adalah untuk melahirkan generasi warganegara yang bedisiplin,cergas dalam aktiviti kemasyarakatan, berguna kepada bangsa dan Negara serta Agama dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.

PERLEMBAGAAN PKBM
 

MATLAMAT PASUKAN
1.       Melengkapkan diri pelajar dengan kemahiran asas ketenteraan bagi menghadapi cabaran hidup mendatang.

OBJEKTIF PASUKAN


1.  melahirkan generasi warganegara yang bedisiplin, cergas dalam aktiviti kemasyarakatan, berguna kepada bangsa dan Negara serta Agama dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi.
2.  menguruskan diri kea rah berdikari,berdisiplin dan memupuk budaya kepimpinan yang bersistematik.
3.  memupuk dan mengembangkan elemen kesedaran tentang melindungi Negara daripada ancaman musuh.
4.  memupuk dan menerapkan elemen-elemen ketenteraan asas kepada setiap ahli pasukan.

KEAHLIAN
SYARAT-SYARAT KEAHLIAN :

1.    Keahlian terbuka kepada semua pelajar SMK Tunku Besar Tampin, Negeri Sembilan.
2.  permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat menggunakan borang permohonan menjadi ahli PKBM (Darat) dan mestilah dikemukakan kepada Guru Penasihat untuk tindakan lanjut.
3. kelulusan permohonan menjadi ahli akan dipertimbangkan oleh Unit Gabungan. Keputusan untuk menerima Atau menolak sesuatu permohonan adalah muktamad.
4.   setiap permohonan untuk menjadi ahli adalah diatas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mane pihak.
HAK AHLI
1.      Mengundi dalam pemilihan Ahli jawatankuasa pasukan;
2.      menjadi calon dalam pemilihan ahli jawatankuasa;
3.      melibatkna diri dan menyertai aktiviti-aktiviti pasukan;
4.      menggunakan peralatan dan kemudahan-kemudahan kepunyaan pasukan;
5.      mengemukakan cadangan,idea, dan aduan kepada pasukan mengenai isu-isu yang berbangkit.
KEWAJIBAN AHLI :
Seseorang pelajar yang telah disahkan menjadi ahli pasukan wajib :-
1.    Menghormati, mendukung dan mematuhi perlembagaan dan peraturan-peraturan pasukan ini sepanjang masa dalam semua keadaan;
2.     memauhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa pasukan;
3.     menjaga dan mempertahankan nama baik,maruah dan identity pasukan
4.     memelihara dan menjaga harta benda pasukan;
5.     sentiasa berkerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain.
6.  ahli-ahli berhak menyemak hal-hal kewangan persatuan ini untuk memastikan tidak berlakunya penyelewengan.

PEMBERHENTIAN DAN PEMECATAN AHLI:

1.    Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli pasukan hendaklah menyerahkan permohonan bertulis 14hari terlebih dahulu kepada setiausaha.Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh jawatankuasa pasukan atas nasihat Guru Penasihat;
2.   mana-mana ahli yang gagal mematuhi peraturan atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik pasukan boleh dipecat atau digantung keahliannya oleh jawatankuasa pasukan atas nasihat Guru Penasihat. Sebab-sebab pemecatan atau pergantungan hendaklah di maklumkan kepada ahli tersebut.

Kelebihan menyertai Pasukan kadet Bersatu Malaysia (P.K.B.M) Darat


1.      Unit beruniform ini dapat melahirkan individu yang berdisiplin.PK.B.M amat menitik beratkansoal disiplin.Hal ini dapat kita lihat dari segi pemakaian yang kemas, rambut yang pendek sertakemas, soal menepati masa, dan sebagainya.Disiplin seseorang bukan sahaja dapat dipupukdalam pasukan ini bahkan seseorang itu dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Misalnya seorang pelajar yang berjaya hendaklah mempunyai tahap disiplin yang tinggi.Perkaraini dapat dilihat apabila pelajar itu mempunyai penumpuan yang baik ketika guru mengajar,memanfaatkan setiap saat masa yang dia ada dengan melakukan perkara yang berfaedah,belajar secara konsisten dan sebagainya.Penumpuan ini bukan sahaja dapat dilatih dalam kelasbahkan ketika latihan P.K.B.M misalnya latihan berkawad.Penumpuan amat penting agar tidakmelakukan kesilapan dalam melakukan setiap pergerakan kawad.Perkara ini dapatmengelakkan kecacatan suatu kawad agar keseragaman ketika melakukan aktiviti ini dapatdihasilkan.Setiap arahan kawad yang diberikan oleh pre-commander haruslah didengar denganteliti.Jestru itu, tahap disiplin dapat dibina dalam diri setiap ahli P.K.B.M..
2.      Selain itu, semangat patriotik dapat ditanam dalam diri setiap ahli P.K.B.M.Hal ini keranamelalui pasukan ini seseorang dapat memahami betapa sukarnya mempertahankan kedaulatanserta kemakmuran negara ini.Pejuang-pejuang kemerdekaan sanggup menggadaikan nyawamereka dalam menjaga tanah air tercinta kita daripada cengkaman penjajah yang durjana. tokoh seperti Sarjan Hasan seharusnya dikenang kerana pengorbanannya yang amat tinggikepada negara kita.Apabila Jepun menyerang Malaya, Sarjan Hassan bersama-sama denganrakan seperjuangannya menentang mereka dengan gagah dan berani sekali. Hassan juga turutmenyelamatkan Aziz apabila dia menjadi tawanan perang. Beliau merupakan seorang tenterayang sejati. Tentera dan P.K.B.M mempunyai perkaitan yang amat rapat antara satu denganyang lain. P.K.B.M merupakan kadet yang dilatih oleh tentera dan boleh dianggap sebagaipelapis yang bakal menggantikan tentera yang ada pada masa ini.
3.      Di samping itu, semangat berpasukan dapat dibina dalam pasukan ini. Sebagai ahli pasukanP.K.B.M terdapat prinsip iaitu seorang melakukan kesalahan semua ahli pasukan akan menerimahukumannya. Tidak kira sama ada pengalaman suka duka, pahit getir,makanan, air semuadikongsi bersama.Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan bersama misalnya makan bersama-sama.